Harap-harap saya tidak terlalu lewat untuk membelog dalam bahasa kebangsaan kita seperti kebanyakan saudara-saudari dalam blogosfera yang telah pun berbuat demikian sempena Hari Merdeka. Setelah berfikir lama, akhirnya saya membuat keputusan untuk mengharungi segala sawang-sawang mental yang wujud akibat terlalu lama tidak memfleksikan otot-otot bahasa supaya saya dapat, sekali lagi, menyampaikan fikiran dalam minda dengan menggunakan bahasa tercinta kita, Bahasa Malaysia (atau Bahasa Melayu? Sudah tidak begitu pasti lagi kerana kerap ditukar).
Tapi jika difikirkan dengan teliti, agak membosankan jika hanya menulis dalam bahasa Malaysia baku. Maklumlah sudah sekian lama tidak menulis dalam bahasa, agak karat juga tatabahasa dan vokabulari saya. Kemungkinan juga apa yang ditulis ini tidak boleh difahami. Tapi apa kuasa saya? Inilah yang larat saya buat pada masa ini.
Demi menghilangkan rasa bosan semasa saya menulis dan rakan-rakan sekalian yang rajin membaca, saya akan menulis dengan cara yang lebih kreatif. Karangan ini akan bermula dalam bahasa baku yang sebaku-bakunya, selepas itu mungkin berloghat Perak sedikit dengan campuran unsur-unsur bahasa pasar dan diakhiri dengan bahasa yang rojak dan mengelirukan. Baiklah, kita mulakan tanpa melengahkan masa lagi.....
Sejurus selepas mengakhiri persekolahan menengah, (walaupun usaha ini mungkin dianggap sebagai anti-semangat kebangsaan) saya membuat keputusan untuk memuntahkan kembali sebahagian besar daripada apa yang dipelajari dalam kelas bahasa Malaysia, untuk dipulangkan kepada guru-guru bahasa yang dihormati.
Ketika itu, semua pencapaian dalam bahasa Malaysia seperti tidak banyak mendatangkan manfaat, kecuali untuk lulus dalam peperiksaan. A1 dalam SPM seolah-olah tidak bermakna langsung (ni nak aksyen sikit la, tak boleh). 'Selepas memasuki Universiti, Bahasa Inggerislah yang lebih penting', itulah yang berlinggar dalam otak. 'Bahasa Malaysia itu, faham sikit cukuplah, cukup untuk menulis esei, yang selebih tu, tak penting sangat'. Pada masa itu, rasanya logik juga berfikir demikian.
Mungkin sebab masa tu, Bahasa Inggeris saya memang teruk. Nak tulis karangan dalam bahasa Inggeris memang susah. Dalam rumah saya, bukannya ada sapa-sapa yang tahu cakap English. Habih tu, kena blajar sendiri la. Eh, kome ingat senang ke? Tapi tak apa, asal rajin sikit, mesti boleh punya. Sama jugak dengan masa mula blajar bahasa Malaysia. Eh, cikgu masa tu kata bahasa aku lebih terer dari budak melayu tau? Tak caya? Cis... sapa pduli? Aku tau sudah le. Masa tu bahasa aku baik sebab banyak baca majalah 'Gila-Gila' (malay version of 'MAD' magazine) kot. Entah la. Sekarang ni, nak kata bahasa Malaysia tak guna, idak jugak. Bila nak cakap lebih sikit dengan gadis melayu cun tu, hah, masa tu le yang sedar bertapa pentingnya bahasa ni.
Hah, sikit yam lagi habis celita. Sabar selikit, ok?
Apa yang gua mau kasi lu tau ah, itu bahasa malaisia, itu ala penting jugak. Mesti mau paham selikit, boleh. Kita suma hamplang olang malaisia, betul tak? Itu lempat lu tinggal ala jugak olang malayu, olang cina, olang india, etc, etc... mesti mau satu kali kerliasama tolong-menolong balu suma olang happy selikit bukan. Balu boleh ciapai wawasan lua puluh lua puluh.
Satu lagi gua mau kasi lu tau ah, ini hali gua ala dengar satu lagu manyiak selupa lagu kebangsaan kita. Ini celita ala keluar lekat sulatkhabar. Gua sulah kasi lownload itu lagu, kalau lu jugak mau, lu pegi sini. Cali itu lagu 'Mamula Moon'.
Amacam? boleh tahan jugak?
Selamat Hari Merdeka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hi!!!!!!!!!!Camna you belajar Bahasa Inggeris dulu hingga boleh tulis blog dalam BI nie??????? Boleh bagi tips tak??? Saya tengah dalam usaha nak memajukan penguasaan saya dalam BI nie!!!!!